LATAR BELAKANG HULU TERENGGANU
Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari 1981, di bawah Seksyen 3 akta Kerajaan Tempatan 1976, akta 171 dan pindaan 1978.
Hulu Terengganu sebelum ini dikenali Jumaah Bandaran Ulu Terengganu. Majlis perasmian untuk pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu iaitu Y.A.B Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.
Kawasan ini terletak sekurang-kurangnya 40 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Ia meliputi 50.43 km persegi dan merangkumi 3 mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol dan Mukim Penghulu Diman pada permulaanye. Pada 18 J
ulai 1996, stu pengwartaan telah dilakukan untuk kemaskini keluasan dan kedudukan sebenar daerah Hulu Terengganu dengan keluasan 3,874.63 km persegi yang menjadi tanggungjawab Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Sekarang Hulu Terengganu terbahagi kepada 7 mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol, Mukim Tersat, Mukim Penghulu Diman, Mukim Jenagor, Mukim Hulu Telemong, Mukim Hulu Berang. Kawasan operasi dan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Terengganu iaitu 53.40 km persegi untuk kawasan operasi manakala 3,821.23 km persegi untuk kawasan pentadbiran.

nie le bendera daerah Hulu Terengganu... ade skali bendera ganu... warne tema Hulu Terengganu ialah oren...
p/s- semua maklumat yang di atas ganu amik dari truly terengganu, ganu rase semua nie ade lah benar ye... ganu x tipu... hehehee.. hope permulaan nie korang leh mula berminat untuk mengetahui Hulu Terengganu, tempat kelahiran ganu ye... hehehee...
0 comments:
Post a Comment